Sunday 8 January 2012

KEAJAIBAN AIR ZAM ZAM

Telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar  isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan juga merupakan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di Mekah di suatu Lembah gurun kering kontang yang tiada penduduk ketika itu, kehausan. Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit  Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Bagi mengenang perlakuan Siti Hajar yang berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa, ia menjadi salah satu rukun haji bagi umat islam yang melakukan ibadat haji iaitu sa'ie.

Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Lantaran itu Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'.
Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.
       Kehebatan air ZamZam ini bukan sahaja pada cerita kemunculan dan penemuannya,.Bahkan turut mengandungi 30 unsur didalamnya..Hasil kajian air ZamZam             menurut kimia mengatakan air ZamZam ini jernih, tidak berwarna, tidak berbau, mempunyai rasa aroma sedikit, dan kandungan hydrogen 7,5. Kandungan hydrogen 7,5 ini mampu menjadi alkali pada had tertentu. Fakta juga membuktikan bahawa air ZamZam ini mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin ALLAH.
        
     Berikut cempaka kongsikan untuk semua video tentang keajaiban air ZamZam untuk tatapan semua....


sekian daripada cempaka....:-)

No comments:

Post a Comment