Thursday, 9 August 2012

JANGAN SAMPAI JADI JERUK YANG MASAM DAN BERASID




"makan hati berulamkan jantung kalow hari2 cm nie......
rase macam habis madu sepah dibuang......
manusia..manusia....dunia...dunia....


Sabarlah hati...Allah sedang menguji kesabaranMu...
Manusia dunia kini sudah hilang rase perkongsian apabila 


kepentingan diri menguasai akal dan iman...."

-->Renung-renungkan....
-->xada apa yang perlu disembungikan kerana semua yang kita ada adalah Allah
yang punya..kita cuma pinjam sahaja......sedangkan Rasul lagi berkongsi susah
dan senang, ilmu, harta dan kasih sayang bersama kita...inikan kita manusia
biasa...Lihat kerana perkongsian Baginda dahulu, sehingga kini nikmat ISLAM
dan IMAN dapat kita rasai..Alhamdulillah.....
--> xguna kita punya ilmu tapi tidak disebarkan pada yang lain...
kerana ilmu yang bermanfaat jika disebarkan di dunia ini, mampu membantu kita
di alam kubur nnti...ia adalah salah satu amalan dan pahala yang tidak akan
putus apabila kita sudah menghembus nafas...
--> Allah amat menyayangi hamba yg berkongsi dan memakmurkan majlis
ilmu..
"Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)"

--> Pokok pangkalnya....Allah kurniakan kita ilmu untuk berkongsi sesama kita...bukan untuk disimpan dan di perap dalam otak kita sampai jadi jeruk yang masam dan berasid dan akhirnya memudaratkan diri sendiri...."X guna kita simpan tanpa disebarkan... "
Makin kita sebarkan makin bertambah ilmu yang ALLAH kurniakan pada kita... Lihat sendiri para pendidik, hari2 mereka mendidik anak bangsa, x pernah pon kita dengar yang mereka kekurangan idea atau hilang ilmu yang ada, malah makin bertambah dan mantap ilmu mereka...Bukan itu sahaja gaji pon makin bertambah, bonus lagikan naik....

BERSYUKURlah kita dikurnikan Allah ilmu yang ada untuk disebarkan...Jadilah hamba yang pemurah dengan penyebaran ilmu yang bermanfaat, jika tidak mampu menghulur bantuan dari segi kewangan atau harta....InsyhALLAH, Allah memberkati kehidupan kita dengan ilmu yang disebarkan."kerana itu JANJI ALLAH"


# hanya sekadar perkongsian...jika ada yang tersalah atau kekurangan mohon ditegur...terima kasih :)

      
                                                                    sekian daripada cempaka.......:)

No comments:

Post a Comment