Monday, 22 October 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum semua....^_^

Yeah cempaka sekarang dah cuti dah pon...huhuhu...
Hari ini serious penat sangat sebab kene jaga 3 orang budak kecik yang comel2....sorang 3 tahun, sorang 1 tahun lebih..sorang lagi  baby lagi....penat2 pon tapi seronok sebab dieorang nie comel2 n menghiburkan....lupa lak nak ambil pic dieorang tadi....but its not the point for this entry....

Ok...sebenarnya cempaka nak kongsi dengan korang semua satu ilmu yang cempaka rasa penting bagi kita sebagai seorang muslim untuk mengetahuinya.....cempaka dapat ilmu nie daripada sebuah buku yang cempaka baca...
nie lah buku tu....^_^
Kebetulan juga....memandangkan x  lama lagi kita akan menyambut hari raya korban..Jadi cempaka rasa entry nie amat sesuai untuk dikongsikan buat tantapan kawan-kawan semua....niat di hati nak post masa 9 zulhijjah nie...tapi takut x berkesempatan pula nanti...lagi pon ilmu yang ada harus disebarkan..betul x???....^_^

Ok lah...cempaka x nak melalut panjang2 dah....jadi cempaka tinggalkan korang semua dengan perkongsian yang insyhAllah akan membuatkan kita bertambah sayang dengan junjungan kita Rasulullah S.A.W.

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH,BUKIT ‘ARAFAH’.



     “Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan !Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

     Wahai manusia, sepertimana kamu mengangggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan  kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu . Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu ,segala urusan yang melibatkan riba hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan  demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar ,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

           Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak ke atas kamu ,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasan kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
         
        Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sunggguh kata kataku,dirikanlah solat lima waktu sehari,berpuasalah dibulan ramadhan ,tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama ;tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
          
       Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggugjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.Oleh itu ,awasilah tindak tanduk kamu agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaanku.
            
        Wahai manusia,tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia .Nilailah dengan betul dan fahamilah kata kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-dua nya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama lamanya.Itulah Al-quran dan sunnahku.

           Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya .Semoga orang yang terakhir akan menerimanya lebih memahami kata  kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku .Saksikanlah Ya Allah bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba hambaMU.

                                        sekian daripada cempaka...^_^

Thursday, 18 October 2012

Saya dimaafkan....^_^


Assalamualaikum....^^


Ha nampak x gambar at atas nie ha.......
Yup. Sekarang cempaka dah abis exam dan itu bermaksud yang cempaka dah abis part 4 .....
Ya dan saya pelajar jurusan sains komputer dah menamatkan semesta 4 saya..huhuhuhu...
Alhamdulillah...

Cuba teka apa yang dah berlaku hari ini??
Korang nak tahu x?

ok cempaka bagi tahu jerlah...korang pon mesti x tahu punya laaa...
Nak tahu x....hati cempaka rasa lega sangat hari ini...
Sebab hari ini cempaka dah dimaafkan oleh seseorang.....happy nyer...syukur sebab dia dah maafkan cempaka...Alhamdulillah....

KOrang ingat x? cempaka ada cerita pada korang pasal cempaka ada wat salah pada lecturer OS cempaka...(Sir hafifi) dalam entry cempaka yang sebelum2 ni.....

guess  what....
Tadi cempaka pergi ke unit bendahari  untuk buat bayaran kolej.....after siap semua urusan cempaka pon cam biasa lah ada masa lapang kan....So library la tempat yang di tuju...huhuhuhu...

Dalam perjalan ke library tu...cempaka lalu bilik lecturer. jalan punya jalan punya jalan...(bape banyak jalan la mahu kasi tahu...^^)
tetiba terpandang tangga lorong bilik sir hafifi..teringat kesalahan yang masih tersembunyi dalam hati ini. Rasa x tenang pula.....Nak dijadikan cerita n mungkin takdir Allah barangkali.....Dia pertemukan cempaka dengan sir hafifi tu...

Masa lalu kat tangga tu. cempaka jalan slow jer...tah macam mana tah..maybe sir nak kuar siap2 pergi solat jumaat barangkali...Kiteorang pon teserempak....1st time tu cempaka senyum jer kat sir n in the same time dalam kepala nie berligat strategi macam mana mahu minta maaf sama dia.....Takut juga la....maklum la dah buat salah kan......Masa tu cempaka minta sangat pada Allah supaya DIa perkuatkan hati cempaka untuk mohon maaf pada sir n jgn lah cempaka lepaskan peluang ni...yer la lepas nie cempaka dah cuti sem dah....sebulan lebih..macam2 boleh jadikan.....takut juga cempaka kalow x sempat...

Dan akhirnyer. Cempaka berhenti di tepi jalan untuk tunggu sir lalu depan cempaka....Bila sampai jer Sir kat depan cempaka, Sir senyum n cempaka terus ambil peluang tu untuk menyapa die.....
rasanya x perlu nak cerita kan secara teperinci macam mana cempaka minta maaf pada Sir...yang pasti sir dah maafkan cempaka n tahu kenapa cempaka buat macam tu...yang paling x tahu nak cakap macam mana bila sir tanyer kenapa awak bagitahu.....

Memang takut juga nak bagitahu alasan yang.........ish ntah lah....salah sendirikan x pandai urus masa.....tapi alhamdulillah lah sir maafkan cempaka n nasihatkan cempaka supaya jangan ulangi lagi.....(happy)....^^

And untuk diri cempaka sendiri.....erm ambil ini sebagai iktibar dan pengajaran supaya x lakukan lagi yer....kalow kita nak orang jujur sama kita..kita pun kenalah jujur sama orang lain..baru lah adil macam tu.....

And untuk kawan2....specially for kawan seperjuanagn (mira) n  all classmate cempaka thanz sebab sudi study dengan cempaka sepanjang sem ini,...n sentiasa bagi sokongan n semangat pada cempaka.Untuk semua yang cempaka kenali x kiralah kawan2 ke or lecturer cempaka n mintak maaf kalow masih lagi xde kekuatan untuk minta maaf...MAAFKAN YER..(sambil merayu ni taw....~.~) ....sayang korang semua sangat........jumpa next sem yer......^^

                       sekian daripada cempaka yang nakal tapi comel sikit.....huhuhu....^_^

Saturday, 13 October 2012

TERBANG KE BAWAH BAYU....



Assalamualaikum....^^

Hari ni xtaw lah nk wat entry pasal pe...

Tapi yang pasti hari ini cempaka asik terfikirkan tentang seseorang yang akan pergi jauh dari cempaka....Seseorang yang amat cempaka sayang..seseorang yang sangat nice buat cempaka...Seseorang yang sentiasa memberi sokongan tatkala cempaka give up..kenapalah nak pergi jauh2....nanti kita rindu taw....:(


ha ni lah orang nyer....sis roziah....comel an..huhuhu
KAKAK!!!!!!.....
dialog antara kami.....
kakak : dayah akaK dah dapat kerja....:)
cempaka : tahniah..kat mana? (bersorak dengan gembira)
kakak : kat sabah....hahahaha....
cempaka : ha sabah???????? kakak kenapa perlu pergi jauh2?????
kakak: heheheehe...........

Ya dia akan ditugaskan di sana..Negeri di bawah bayu...JAUH TU.....
KAKAK2...I will miss you....

nanti kat sana kalau rindu nyayi lagu nie er....

"~~Tinggi-tinggi gunung kinabalu
      Tinggi lagi sayang sama kamu...
      Biru-biru ujung kinabalu....
      Tengok dari jauh hati saya rindu...  ~~"

KAKAK,KAKAK....terima kasih er..sebab sentiasa ada time kita suka n tengah sedih2...layan peragai kita yang macam budak 10 tahun....hehehe....kita sayang akak....tak pe kita harap akak akan sentiasa haPpy n dipermudahkan segala urusan di sana nanti...kita tahu akan kuat..sebab akak sentiasa bagi kita kekuatan time kita down....love u sis......
Selamat Bertugas.........

KAKAK....dengar lagu nie k....kita dedikasikan khas untuk kakak...harap kakak suka....:)
kalau kat sana akak dengar lagu nie...makna nyer kita tengah RINDU...RINDU..RINDU kat akak....^_^





Ikhlas daripada cempaka kepada sis ROZIAH.....^^

Friday, 12 October 2012

Ya itu ujian Ilahi.....

Assalamualaikum.........

Ya seperti hari-hari biasa. Setiap pagi. Setiap jam. Setiap detik. Cempaka akan lalui hari-hari seperti biasanya. Dan hari ini, satu lagi dugaan yang diterima. Ya. Allah sedang menduga cempaka. Menduga sama ada kuatkah hati serta iman ini. Hampir setiap pagi bila cempaka bangun dari tidur, cempaka bertanyakan pada nurani sendiri.

" Apa khabarkah kau hari ini?
  Kuatkah kau untuk hadapi dugaan hari ini?
  Kuatkah imanmu untuk diduga Ilahi?
  Mantapkah imanmu untuk menepis godaan dunia kini?
  Kukuhkah mentalmu untuk menghadap cubaan dunia?"

Kalau benar sudah kuat?

"Apa persiapan kau untuk hadapi kegagalan?
Apa pesediaan kau untuk menghapapi kedukaan atau kesedihan?
Apa jaminan yang kau tidak akan berputus asa?
Apa benar kau mampu menghadapi semua rintangan itu nanti?"

Sedang semua persoalan yang sukar dicapai jawapannya ligat bermain dalam fikiran, cempaka biarkan ia terus berdebat di situ. Biar ia berbahas tanpa jawapan. Biar ia terus di situ...Dan cempaka meneruskan hari-hari seperti biasanya lagi.....

Dan bila bintang sudah menghiasi malam...

Hati mula berbicara....

"Apa kau lakukan hari ini?
Apa kau lalai lagi?
Mampukah imanMu menepis godaan dunia?
Kuatkah ia dengan semua dugaan?"

Kalau kau mampu harungi semua itu?
"Apa yang kau telah lakukan?"
Apa yang kau lakukan itu benar atau salah?
Benar ia tidak salah atau berdosa?
Kalau kau melakukan kesilapan, apa kau kuat mebaiki kesilapan itu,
atau kau biarkan ia terus tertanam di hati hingga menghitamkan hatimu sendiri?"

Dan malam terus berlalu.Dan matilah jasad buat seketika namun nafas masih dihela...

Ya dengan nama Allah cempaka menjalani hari-hari atas takdirnya dan apa yang direncanakan untuk diri ini..
Setiap helaan nafas yang singgah di hidung dan terus masuk kedalam paru-paru, membuatkan cempaka semakin mencuba untuk memahami erti kehidupan ini dengan lebih mendalam...Mepersoalkan apa benar yang sehari-hari sebelum ini yang cempaka lalui berpaksikan pada syariatNya?
Meleraikan setiap simpulan yang berselirat dalam hati dan sanubari ini....
Cuba mencari jalan untuk keluar dari setiap corong yang semakin melemaskan dengan asap hitam yang melampau...yang akhirnya memjadikan hati resah dan setiasa gelisah....setiap urat saraf tegang memeritkan...

Ya setiap itu berlaku hanya nama Allah terdampar dibibir dan hati ini.. Tapi alanng malunya bila saat kesukaran seperti ini mendampingkan diri padaNya.
Sedangkan semalam, banyaknya titik-titik hitam yang sengaja atau tidak sengaja diukirkan dihati. Tanpa segan silu berpijak di bumi Allah. Kita lakukan maksiat, dosa-dosa kecil dan besar, kita menghina sesuka hati, kita merosakan semahu yang mampu..kita buat itu, kita buat ini...MasyhAllah....
"~~Ya Allah ampunkan dosa kami~~"

Dan. Allah. Dia tetap masih sahaja bersama kita...Walhal membuka selebarnya pintu keinsafan buat kita. Memdengar setiap keluh kesah kita di sejadah. Menerima kekurangan kita seadanya. Mencintai, Menyayangi kita lebih dari segalanya yang ada di dunia ini...Tak pernah pon sekali Dia tinggalkan kita. Tak pernah sekalipun dia biarkan kita sendirian. Tak pernah pun dia meminta balasan daripada kita. Kerana apa?
kerna Dia maha kaya. Dia memiliki segalanya. Dia maha penyayang lagi maha mengasihi.Dia pengampun. Dia pemaaf..Dia menerima dan memberi. Dia sayangkan kita semua.

Ya. Mungkin tatkala, diundang masalah kita akan bersedih kerana terlalu merintih akan sesuatu. Ya cempaka mengaku, cempaka juga begitu. Cempaka hanya insan biasa, punya rasa itu semua. bila bersedih x mampu di tahan. Tapi biarlah tangisan itu terus mengalir membasahi pipi hingga lega semua yang terbuku di hati hapus.
Tapi menangis bukan pada perkara yang sia-sia. Biar kene pada cara dan sebabnya. Dan. cempaka yakin Allah memberikan tangisan itu pada cempaka hari ini. kerna dia sudah sediakan senyuman dan kegembiraan buat cempaka di hari akan datang..InsyhAllah.....

Ya. Kekuatan kita semuanya tidak sama..mungkin apa yang cempaka lalui hari ini, tidak menberi apa-apa kesan dalam hidup kalian semua. Tapi  mungkin apa yang kalian lalui pula tidak menberi apa-apa pon kesan dalam hidu cempaka. Ujian dan dugaan yang Allah beri dan uji kepada kita semuanya berlainan kawan-kawan. Jadi apa salahnya kita saling menenangkan diantara satu sama lain tatkala kita dihimpit kedukaan. Cuba memahami bukan mengkritik kelemahnya. Membantu apa yang mampu. Bukan menghindar sejauh yang mungkin.
"~~Ya Allah kurniakan kami sahabat dan teman yang saling melengkapi dan setiasa setia bersama tatkala suka dan duka. Dan janganlah Engkau tinggalkan kami sendirian....~~"

Ya. Dan hari ini cempaka jatuh lagi. Tapi jatuh itu bukan bererti jatuh selamanya. Dan tangisan itu bukan tanda kain putih dinaikan. Tapi tangisan itu tanda menghapuskan segala kesedihan yang sekian lama terbuku di hati. Dan keperitan itu biar Allah yang tahu. Kerna Dia yang mencipta segalanya. Dan hanya dia punya ubatnya. Dan kita perlu berusaha untuk terus mengharungi segalanya dengan tenang....InsyhAllah....

                                                             sekian daripada cempaka.....^^

Wednesday, 10 October 2012

kecewa...:(

Assalamualaikum........

Pagi ini cempaka pergi bilik lecture ITS....
Entah kenapa, cempaka rasa kecewa bila memikirkan  yang kemungkinan carry mark cempaka mungkin akan rendah...
 
 "~~Ya Allah, tabahkan hati ini....~~"

Sudah lah pulak, bila tengok Test last ITS, Ya Allah kenapa lah cempaka nie cuai n x yakin pada diri sendiri...Ada ke patut apa yang betol tu cempaka cancel kan then tukar pada jawapan yang salah....

Serious sekarang nie cempaka rasa kecewa n hampir give up. Tapi bila ingat balik kata lecture cempaka Pn. Ku, yang kecuaian yang kita lakukan tu mungkin disebabkan  kita masih kekurang amalan atau semua itu adalah balasan atas dosa-dosa kita..
             "~~Ya Allah, Ampunkan hambaMu ini, sekiranya hamba berdosa padaMu, Dan berilah hamba  kekuatan kepada hamba untuk memohon keampunan sekiranya hamba melakukan kesilapan pada manusia...

~~"Doa ketika besedih~~


اَللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠْ Ø£َعُÙˆْØ°ُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْÙ‡َÙ…ِّ ÙˆَالْØ­ُزْÙ†ِ، Ùˆَالْعَجْزِ ÙˆَالْÙƒَسَÙ„ِ، ÙˆَالْبُØ®ْÙ„ِ ÙˆَالْجُبْÙ†ِ، ÙˆَضَÙ„َعِ الدَّÙŠْÙ†ِ ÙˆَغَÙ„َبَØ©ِ الرِّجَالِ
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang
 Tapi  bila cempaka fikirkan balik, kalau kita terus bersedih dan biarkan rasa kecewa itu memakan hati hingga membuatkan semangat kita goyang dan akhirnya kita berputus asa. Cempaka rasa itu lagi merugikan. Kiranya, itu pon dah sama macam menyerah sebelum berperang
Putus asa, atau biarkan diri kita terus dengan rasa kecewa itu adalah satu tindakan yang salah....sepatutnya kita patut ambil tu semua sebagai pembakar semangat untuk terus maju.. Bukan sebaliknya 
?Apa kita lupa
Kebanyakan orang yang menempah nama dan berjaya itu semuanya dari kalangan manusia yang pernah jatuh dan kalah..Kenapa mereka boleh berjaya?..Sebabnya tatkala mereka jatuh,mereka bangkin kembali dan terus berusaha hingga matlamat mereka tercapai

Jom cempaka bawa korang dengar satu cerita yang pernah cempaka dengar daripada ucapan seorang pelajar cemerlang UiTM, Diploma Sains Kuantitatif, dalam ucapannya, dia bercerita mengenai AIR MINUMAN 7UP
KENAPA  NAMA MINUMAN TU 7UP
 
 
Pencipta air tu namakan air minumannya sebagai 7UP ,sebab  pada kali pertama dia mencipta air tu , percubaannya gagal.Tapi dia x putus asa, dia terus buat cubaan yang kedua pula.Pada percubaan ini, cubaannya gagal juga. namun dia tetap x putus asa, dia teruskan  percubaan yang ketiga. Malangnya  percubaannya tetap gagal.Kesiankan? kalau korang dah sampai tiga kali  cuba buat saomething tapi gagal juga apa korang fikir, teruskan atau putus asa jer? ermm
Tapi Dia x putus asa, dia terus cuba dan cuba sampailah cubaan yang terakhir iaitu ketujuh , air minuman yang cuba dia lakukan itu berhasil dengan apa yang dia kehendaki
Dan sebab pada cubaan yang terakhir itu berjaya lah dia namakan minumannya 7UP,kerana dia dah berusaha sebanyak 7 kali untuk cipta air minuman tu.7 kali dia jatuh 7 kali juga dia bangkitsebab tu lah dia namakan minuman tu 7UP
Cuba bayangkan kalau pada cubaan yang keenam atau ketiga tadi dia sudah berputus asa mesti kita pon x dapat minum air 7UP dia tu an...berkat ke sungguhan dan kesabaran dia untuk berjaya akhirnya harini air minuman tu dah pon terpasar di semua pasar raya
Begitulah kisah nya...cempaka cerita ini, supaya kita pon ambil taladan  daripada kisah pencipta minuman 7UP ni...tabah betul hati dia...harap kita pon sama juga begitu...Aamiin
Ermm ok la...tu jer lah entry hari ni...cempaka  akan terus berusaha untuk capai apa yang cempaka nak...Bak kata Pn. Rohana lecture JAVA cempaka, kalau kita tahu yang kita ada buat salah sbelum nia jadikan  ia sebagai pengajaran supaya kesilapan tu x diulangi pada hari akan datang..InsyhAllah 
Jadi pada kawan2 pon jangan terus rasa nak give up k...Teruskan berusaha untuk berjaya ok. InsyhAllah Allah akan sentiasa bersama orang yang bersabar..Aamiin

                                                      sekian daripada cempaka....^^

Monday, 8 October 2012

Mulianya akhlak Baginda.....


Assalamualaikum semua....^_^

Baru-baru nie cempaka ada baca satu buku motivasi tajuknya..."DOA & TIP KHAS UNTUK PELAJAR"
karya atau tulisan Norlela Ibrahim yang merupakan seorang guru Pendidikan Islam di SK Parit Bunga, Ledang, Johor..Buku karya beliau nie amat bagus untuk kita...Banyak ilmu yang cempaka dapat melalui buku ini....banyak tip-tip untuk meraik kejaya melalui konsep islam...Antaranya amalan-amalan,tip-tip kejayaan, surah-surah pilihan, solat-solat dan antara lain ialah peranan akhlak dalam meraih kejayaan....



Antara yang menarik dalam buku ini ialah kisah yang disampaikan penulis mengenai akhlas terpuji seorang insan yang terpuji bergelar Nabi Allah, Muhammad SAW..

Jom kita hayati bersama betapa mulianya Nabi Muhammad SAW  kita disamping menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan seharian...Selamat membaca.....^_^

      Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang lelaki tua yang berbangsa Yahudi. Dia seorang yang buta dan hidup dalam keadaan yang miskin. Apa yang lebih menyedihkan, walaupun miskin dan buta, dia mempunyai sikap yang amat buruk iaitu suka menceritakan keburukan dan memfitnah Nabi Muhammad SAW.
  Setiap hari, dia akan duduk dan menceritakan keburukan Nabi Muhammad SAW yang didengarinya, sedangkan apa yang didengarinya itu adalah fitnah semata-mata. Namun, dia bernasib baik kerana mempunyai sahabat yang setia. Setiap pagi sahabatnya itu akan datang membawa makanan dan menyuapkan makanan untuknya. Ini membuatkan dia menjadi kagum dan sayang kepada sahabatnya itu serta berasa bertuah kerana mempunyai sahabat yang setia sepertinya.
   Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, sahabat nabi, Abu Bakar as-Siddiq datang menemui anaknya, Siti Aisyah r.a yang juga isteri kepada nabi bertanya tentang amalan Rasulullah yang manakah belum dilakukannya. Aisyah r.a menjelaskan bahawa ayahnya telah melaksanakan semua amalan Rasulullah kecuali sau sahaja iaitu Rasulullah selalu mengunjungi dan memberi makan seorang lelaki tua berbangsa Yahudi setiap pagi selepas Solat Subuh.
    Sementara itu, lelaki tua yang buta itu berasa hairan kerana tidak didatangi sahabat baiknya itu namun tetap menanti kunjungan sahabatnya dengan penuh tanya-tanya dan rasa bimbang.
     Sedang dia menunggu, tiba-tiba datang seorang lelaki menghampirinya. Dia terkejut dan bertanya : " Siapa engkau? Adakah engkau sahabatku itu?" Lantas Abu Bakar menjawab : "Ya, makanlah.".
Lelaki tua itu berasa gembira kerana sahabatnya itu telah mengunjunginya.
     Pada mulanya dia tidak tahu itu adalah orang lain sehinggalah Abu Bakar menyuapkan makanan kepadanya. Apabila dia mengunyah makanan itu, dia terdiam dan mukanya tiba-tiba berubah menjadi masam. Dia memalingkan mukanya dan menolak suapan itu. Dia merasakan ada kelainan lalu berkata dengan nada yang agak keras. " Beritahu aku, siapa engkau? Engkau bukan sahabatku itu. Makanan engkau keras dan kesat. Makanan sahabatku itu halus dan lembut!" Lalu Abu Bakar pun menjawab : "Baiklah, memang aku bukan sahabatmu itu. Aku ialah Abu Bakar. Aku datang untuk meneruskan amalan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW selepas kewafatanNya."
     Lelaki tua yang buta itu kehairanan lalu bertanya : "Apakah yang mengunjungi aku selama ini ialah Muhammad yang selalu aku cerca dan hina?"
    " Memang benar. Bagindalah yang mengunjungimu setiap pagi. Bagindalah yang mengambil berat perihal dirimu." Jawab Abu Bakar.
     Dengan nada yang sedih rasa bersalah lelaki itu berkata: Aku tidak percaya bahawa selama ini aku menghina dan memfitnah itu depan orangnya sendiri. Namun, Dia tidak menunjukkan perasaan marah dan dendam padaku malah membalasnya dengan kebaikan. Sungguh mulia akhlaknya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah  melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
     
   --> Begitulah berkat kesabaran dan keikhlasan Nabi Muhammad SAW, akhirnya seorang Yahudi yang angkuh dan sombong memeluk islam walaupun setelah ketiadaan Baginda di dunia ini. Begitu juga hebatnya pengaruh akhlak dalam meraih kejayaan.
________________________________________________

 Firman Allah Taala dalam Surah al-Qalam : 4 yang bermaksud :

            "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) 
                          mempunyai akhlak yang sangat agung."

Dan sabda Nabi Muhammad SAW :

            " Sesungguhnya aku diutuskan untuk memuliakan akhlak."
                                                                       (Riwayat al-Baihaqi)

_________________________________________________
                                                      
                                                      sekian daripada cempaka....^_^




Friday, 5 October 2012

Jangan Putus Asa

Jangan berputus asa dengan setiap kali kegagalan yang kita hadapi dalam setiap usaha yang kita lakukan.......

Actually, semalam cempaka pergi bilik lecture calculus cempaka, Pn Ku Fauziah Ku Baharudin...
She is very motivation lecture....setiap kali kelas dia..pasti akan something yang ingin dikongsikan x pon yang tip2 cam ne nak jadi pelajar atau hamba Allah yang soleh/ soleha..Thanz madam...nice to be ur student^^..
-> tu bukan ampu k tapi ikhlas dari hati.....insyhAllah...

OK...Nak tahu kenapa cempakanya entry kali ni the title is "DONT GIVE UP" or "JANGAN PUTUS ASA".....Jom cempaka bawa korang singkap catatan sejarah cempaka semalam....cehhh...huhuhu

Begini ceritanya...^^
Semalam...lepas solat zohor...cempaka menuju ke libry..almaklom la...musim2 exam nie..memang libry tu menjadi rumah kedua bagi cempaka sampaikan bilik tu jadi tempat tido and beristirehat je....ishishish...bukan apa, kalow study kat dalam bilik...conform nyer lah cempaka akan bermanja2 di atas katil dengan shin chan n bantal busuk tu, alet2 jer dah kebintang....hahaha...

Tu sebab lah libry dipilih sebagai tempat study yang paling sesuai....ok bebalik pada cerita menuju ke libry tadi...sesampai jer kat libry terserempak pula la dengan kawan calculus cempaka pika n kaknab...dah bercerita panjang kat situ, nak dijadikan cerita yang pika nie dah wat appointment dengan Pn. Ku nak jumpa kat bilik dia hari tu...Nak di jadikan cerita lagi, diaorang pon ajak lah cempaka jumpa Pn . Ku sekali, n cempaka pon setuju la..sebab nak ambil result test 3 n wat exit server.

Ya Allah, hanya Allah yang tahu dalam hati cempaka macam mana. Bedebar nyer nak jumpa Pn. Ku..macam orang nak pergi dating pulak an...Tapi pertemu nie, sebab cempaka rasa sebersalah sangat dengan Pn. Ku. yelah mana x nyer result test cempaka menurun n carry mark pon sikit jer...Punya la bersungguh-sungguh dia mengajar. Tapi result cempaka macam hampeh jer..walaupon dia everytime tersenyum.tapi conform nyer lah dalam hati dia terdetik rasa kecewa...(Pn. maafkan saya...)  :(

Finally kiteorang sampai kat bilik dia. Lambat sikit kiteorg tunggu dia. dia say sorry sebab nak dia kat luar ambil anak dia balik dari sekolah..is ok....
Then, dalam masa menunggu tu, kiteorg pun, result carry mark yang Pn. Ku tampal kat dinding luar bilik dia..Ya Allah. sahdis nyer bile tengok cempaka diantara yang rendah...sedih tau!!!

X sampai 10 minit lepas tu, kelibat Pn. KU pon  kelihatan...Macam biasa, tersenyum at the sametime give a salam...tu lah perwatakan Pn. Ku....masuk jer..dia suruh kiteorang ambil paper test 3 yang dia dah tanda da...Ya Allah sedih nyer...cempaka gagal....

Macam yang cempaka cakap tadi.. Pn. Ku still dengan senyuman dia. cempaka belik2 paper cempaka tu dengan muka yang murung..mungkin Pn. Ku perasan yang cempaka sedih kot...then she ask me.."Nurul what wrong, Nurul...Are you ok??"..

Ya Allah serious cempaka sedih..hampir jer air mata nak menitis...bukan pk pasal cempaka jer..pk pasal harapan Pn. Ku, harapan mak ayah lagi...Ya Allah berdosa lah cempaka sebab kecewakan hati mereka....

Pada waktu tulah Pn, Ku bagi semangat pada cempaka...katanya, dia percaya yang cempaka n kawan2 cempaka boleh buat yang terbaik untuk final nanti sekiranya kiteorang focus n berusaha lebih..yerlah kejayaan tu bukan diraih oleh orang yang luar biasa,..tapi dia diraih oleh orang yang biasa tetapi melakukan USAHA yang LUAR BIASA...(apa yang selalu dengar daripada salah seorang sahabat cempaka..mira...).

Pn. Ku pon ada cakap, Mungkin Allah xbagi kita berjaya sekarang, tapi mungkin esok...mungkin Allah ada sebabNya sendiri...siapa tahu Allah nak kita rasa manis nyer kejayaan tu jika diraih daripada kegagalan yang berulang-ulang kali...siapa tahukan...Pokok pangkalnyer jangan sesekali kita berputus asa dengan usaha kita dan jangan lupa satu perkra nie....n she say...."DONT STOP BE HOPE TO ALLAH, because only ALLAH  know what the best for us...so always keep doa after solat n mustajjab times,minta Allah permudahkan semua urusan dan mudahkan kefahaman kita...."

She also says... "Allah does not burden a soul beyond that it can bear"....Ya betul tu...sebab cempaka tahu tu ayat 286:2 surah al-Baqarah..makna nyer Allah xkan menguji seseorang tu melebihi kemampuan kita.....


potongan  ayat dalam surah al-Baqarah

Sebelum keluar daripada bilik Pn. Ku...Pn. Ku sempat lagi memberi tip2 n apa yang masih perlu di usahakan buat masa sekarang nie..InsyahAllah. dengan keringat n kemahuan yang tinggi untuk mendapat yang terbaik akan cempaka usahakan semua itu...
"~~Ya Allah permudahkanlah semua usaha hamba.....Bantu hamba Ya Allah....~~"

untuk maklumat korang calculus tu adalah salah satu subjek matematik...serious cempaka kata...kalow kita x minat subjek mathz agak sukar kita bawak subject nie...tapi pokok pangkalnyer adalah usaha, minat dan iringan doa serta keredhaan Allah, InsyhAllah kita boleh berjaya dalam apa jua yang kita usahakan..x kira lah susah mana pon sesuatu, tinggi apa pon, payah mana pon..kalow usaha kita tegar n kuat,...n tambahkan pula Allah kate ."JADI MAKA JADILAH" ...InsyhAllah kejayaan milik kita...

Yang utama dan yang paling penting yang berputus asa...jangan menyerah kalah sebelum berjuang....dalam islam sendiri kata, berundur sebelum berjuang itu berdosakan....Jadi kita kene berjuang sehabis baik untuk meraih apa yang kita inginkan....
       
ok...korang yang baca entry ni..jangan lupa doakan kejayaan cempaka, ...^^

                                     sekian daripada cempaka............^^
                                                                                          


Wednesday, 3 October 2012

final is coming again......

jadul final exam cs1104A



RABU(03/10/2012) -> CSC318 jam 2.15 - 5.15 pm
(D.TAMING SARI)
_______________________________________________________


ISNIN(08/10/2012) -> QMT200 jam 2.15 - 5.15 pm
(D. SYAHBANDAR)
_______________________________________________________


RABU(10/10/2012) -> MGT162 jam 2.15 - 5.15 pm
(D. TAMING SARI)

_______________________________________________________


JUMAAT(12/10/2012) -> CSC248 jam 2.45 - 5.45 pm
(D. TAMING SARI)
_______________________________________________________


ISNIN(15/10/2012) -> CSC204 jam 2.15 - 5.15 pm
(D. TAMING SARI)
_______________________________________________________


RABU(17/10/2012) -> MAT233 jam 9.00 - 12.00 pm
(D. BENDAHARA)
_______________________________________________________


KHAMIS(18/10/2012) -> ITS232 jam 2.15 - 5.15 pm
(D. TAMING SARI)
_______________________________________________________



JUMAAT(19/10/2012) -> BALIK CUTI SEM jam suka hati korang
(DESTINASI RUMAH SENDIRI) ^^
_______________________________________________________


GOOD LUCK SEMUA...... :)



->ha ini la jadual exam cempaka untuk semesta 4 diploma sains komputer....


1-exam yang pertama CSC318-Web Application Development.


course nie banyak memberi pendedahan kepada cempaka untuk membina web page.

sangat seronok.boleh bina web page sendiri.
letak-letak gambar.link -link kan kat page lain.ke facebook,yahoo, blog pon boleh taw,...
lagu pon kite boleh masuk kan.
..alhamdulillah carry mark agak baik...
Tapi semalam papernya agak susah...dan cempaka x tahu la cempaka boleh skor or x...
InsyhAllah lulus tu boleh dalam tangan,....
Anywhere, Thank you very much to y lecture Sir Azmi bin Aminordin....^^

2- next paper is MGT162-Fundamentals Of Management.


this course, our class very relex...lecture very sporting...n she is Pn Asiah binti Ali.

In this course, I study about the management.
ha kebetulan, baru bace note..hehe...
Do you know, we can achieve a good in any purpose with 4 main management functions.
There are.PLANNING, ORGANIZING, LEADING and CONTROLLING.

so, if you want to achieve any objective in life. you must follow this 4 step.In the same time dont stop hope to Allah to fulfill all our hope....^^


Anywhere...im very enjoy study this course with Pn Asiah....^^


3-loving course CSC248-Fundamental of data structures


programming course. language JAVA.nie la course utama program cempaka...

course nie cempaka study bagaimana kita nak buat program mengunakan language java.
dalam course ini kita study tentang arraylist, linklist, stack, queue,  recursive and binary tree.
best taw jadi student programming nie...kita boleh study language mesin yang bukan calang-calang orang boleh faham...kita study language mesin, BUKAN language manusia....

so kepada pelajar2 yang minat matematik n ada asas komputer come n join diploma in computer science.

and here, thanz very much too, for my lecture Pn Rohana binti Rosli.....She very sporting n committed   lecture...nice to be your student...^^

InsyhALLAH, rasanya cempaka mampu skor this course....


4- Practical approach of operating systems CSC204


lecture Sir Hafifi bin Supir. Very relex lecture...

course nie pula cempaka belajar bagaimana rangkaian dalam komputer n tentang window ubuntu n macam2 lagi...actually, cempaka x berapa faham sangat tentang course nie,...bukan sebab lecture, tapi sebab cempaka sendiri yang x bersungguh2 nak fahaminya...

Cempaka pon nak minta maaf kat Sir, sebenarnya. sebab cempaka ada wat salah kat die...Tapi mase x berkesempatan. Asal pegi bilik die jer. Die xde bilik...." Sir, saya minta maaf..saya salah sebab............ "

Ya Allah beri hamba kesempatan untuk minta maaf....

5- second last is Calculus II - MAT233


Mathematical course. bagi cempaka. course ini agak sukar. walauapon cempaka mintak matematik tapi cempaka kurang mendalami ilmu ini...huhuhu....

Tapi cempaka akan terus berusaha untuk mendapat yang terbaik untuk course ini...
And to my lecture Pn, Kuh Fauziah. Thanz couse very faithfully with me....^^

6- And the last is ITS232- Introduction to database managements systems.


lecture bagi course ini ialah Pn Aisyirah Binti Naziron.Beliau juga merupakan Penasihat Akedamik bagi group cempaka. seorang yang sangat sistematik dalam semua urusan. sangat mengambil berat tentang kebajikan kami.


In this course, we study how to create database system..

seronok taw belajar bina database nie....kita gunakan software DB2 to create new database for example, for   company to manage they management.

For Pn. Aisyirah thank you very much.....InsyhAllah saya akan buat yang terbaik untuk course ini...^^



~~~~Ha itu la serba sedikit pengenalan tentang apa yang cempaka study sepanjang semesta 4 di Uitm Alor Gajah nie...InsyahALLAH dengan ilmu yang ada cempaka akan manfaatkan untuk kebaikan ke jalan Allah...


Kepada Adik2 yang atau sesiapa yang berminat nak study tentang language mesin / computer. Come join us.... jom kita explore semuanya untuk meningkatkan kemahiran bangsa kita dalam pembinaan teknologi IT..


                                              sekian daripada cempaka....^_^