Assalamualaikum semua....^_^
Yeah cempaka sekarang dah cuti dah pon...huhuhu...
Hari ini serious penat sangat sebab kene jaga 3 orang budak kecik yang comel2....sorang 3 tahun, sorang 1 tahun lebih..sorang lagi baby lagi....penat2 pon tapi seronok sebab dieorang nie comel2 n menghiburkan....lupa lak nak ambil pic dieorang tadi....but its not the point for this entry....
Ok...sebenarnya cempaka nak kongsi dengan korang semua satu ilmu yang cempaka rasa penting bagi kita sebagai seorang muslim untuk mengetahuinya.....cempaka dapat ilmu nie daripada sebuah buku yang cempaka baca...
nie lah buku tu....^_^ |
Kebetulan juga....memandangkan x lama lagi kita akan menyambut hari raya korban..Jadi cempaka rasa entry nie amat sesuai untuk dikongsikan buat tantapan kawan-kawan semua....niat di hati nak post masa 9 zulhijjah nie...tapi takut x berkesempatan pula nanti...lagi pon ilmu yang ada harus disebarkan..betul x???....^_^
Ok lah...cempaka x nak melalut panjang2 dah....jadi cempaka tinggalkan korang semua dengan perkongsian yang insyhAllah akan membuatkan kita bertambah sayang dengan junjungan kita Rasulullah S.A.W.
KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA
9ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH,BUKIT ‘ARAFAH’.
“Wahai
manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan !Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh
itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana
kamu mengangggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan
harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah
harta yang diamanahkan kepada pemiliknya
yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapun agar orang lain tidak menyakiti kamu
pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia
pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu . Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu ,segala urusan yang melibatkan
riba hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar ,maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak
ke atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.Sekiranya
mereka menyempurnakan hak ke atas kamu ,maka mereka juga berhak untuk diberi
makan dan pakaian dalam suasan kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sunggguh kata kataku,dirikanlah solat lima waktu sehari,berpuasalah dibulan
ramadhan ,tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji
sekiranya mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama ;tidak ada seorang pun yang lebih mulia
dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah
pada suatu hari untuk dipertanggugjawabkan atas segala apa yang telah kamu
lakukan.Oleh itu ,awasilah tindak tanduk kamu agar jangan sesekali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi nabi atau rasul
yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu
wahai manusia .Nilailah dengan betul dan fahamilah kata kataku yang telah
disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-dua nya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama lamanya.Itulah Al-quran
dan sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula
kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada
orang lain dan begitulah seterusnya .Semoga orang yang terakhir akan
menerimanya lebih memahami kata kataku ini
dari mereka yang mendengar terus dariku .Saksikanlah Ya Allah bahawasanya aku
telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba hambaMU.
sekian daripada cempaka...^_^
No comments:
Post a Comment