Assalamualaikum........
Pagi ini cempaka pergi bilik lecture ITS....
Entah kenapa, cempaka rasa kecewa bila memikirkan yang kemungkinan carry mark cempaka mungkin akan rendah...
"~~Ya Allah, tabahkan hati ini....~~"
Sudah lah pulak, bila tengok Test last ITS, Ya Allah kenapa lah cempaka nie cuai n x yakin pada diri sendiri...Ada ke patut apa yang betol tu cempaka cancel kan then tukar pada jawapan yang salah....
Serious sekarang nie cempaka rasa kecewa n hampir give up. Tapi bila ingat balik kata lecture cempaka Pn. Ku, yang kecuaian yang kita lakukan tu mungkin disebabkan kita masih kekurang amalan atau semua itu adalah balasan atas dosa-dosa kita..
"~~Ya Allah, Ampunkan hambaMu ini, sekiranya hamba berdosa padaMu, Dan berilah hamba kekuatan kepada hamba untuk memohon keampunan sekiranya hamba melakukan kesilapan pada manusia...
~~"Doa ketika besedih~~
اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ
وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ
الرِّجَالِ
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari
(hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan
penakut, lilitan hutang dan penindasan orang
Tapi bila cempaka fikirkan balik, kalau kita terus bersedih dan biarkan rasa kecewa itu memakan hati hingga membuatkan semangat kita goyang dan akhirnya kita berputus asa. Cempaka rasa itu lagi merugikan. Kiranya, itu pon dah sama macam menyerah sebelum berperang
Putus asa, atau biarkan diri kita terus dengan rasa kecewa itu adalah satu tindakan yang salah....sepatutnya kita patut ambil tu semua sebagai pembakar semangat untuk terus maju.. Bukan sebaliknya
?Apa kita lupa
Kebanyakan orang yang menempah nama dan berjaya itu semuanya dari kalangan manusia yang pernah jatuh dan kalah..Kenapa mereka boleh berjaya?..Sebabnya tatkala mereka jatuh,mereka bangkin kembali dan terus berusaha hingga matlamat mereka tercapai
Jom cempaka bawa korang dengar satu cerita yang pernah cempaka dengar daripada ucapan seorang pelajar cemerlang UiTM, Diploma Sains Kuantitatif, dalam ucapannya, dia bercerita mengenai AIR MINUMAN 7UP
KENAPA NAMA MINUMAN TU 7UP
Pencipta air tu namakan air minumannya sebagai 7UP ,sebab pada kali pertama dia mencipta air tu , percubaannya gagal.Tapi dia x putus asa, dia terus buat cubaan yang kedua pula.Pada percubaan ini, cubaannya gagal juga. namun dia tetap x putus asa, dia teruskan percubaan yang ketiga. Malangnya percubaannya tetap gagal.Kesiankan? kalau korang dah sampai tiga kali cuba buat saomething tapi gagal juga apa korang fikir, teruskan atau putus asa jer? ermm
Tapi Dia x putus asa, dia terus cuba dan cuba sampailah cubaan yang terakhir iaitu ketujuh , air minuman yang cuba dia lakukan itu berhasil dengan apa yang dia kehendaki
Dan sebab pada cubaan yang terakhir itu berjaya lah dia namakan minumannya 7UP,kerana dia dah berusaha sebanyak 7 kali untuk cipta air minuman tu.7 kali dia jatuh 7 kali juga dia bangkitsebab tu lah dia namakan minuman tu 7UP
Cuba bayangkan kalau pada cubaan yang keenam atau ketiga tadi dia sudah berputus asa mesti kita pon x dapat minum air 7UP dia tu an...berkat ke sungguhan dan kesabaran dia untuk berjaya akhirnya harini air minuman tu dah pon terpasar di semua pasar raya
Begitulah kisah nya...cempaka cerita ini, supaya kita pon ambil taladan daripada kisah pencipta minuman 7UP ni...tabah betul hati dia...harap kita pon sama juga begitu...Aamiin
Ermm ok la...tu jer lah entry hari ni...cempaka akan terus berusaha untuk capai apa yang cempaka nak...Bak kata Pn. Rohana lecture JAVA cempaka, kalau kita tahu yang kita ada buat salah sbelum nia jadikan ia sebagai pengajaran supaya kesilapan tu x diulangi pada hari akan datang..InsyhAllah
Jadi pada kawan2 pon jangan terus rasa nak give up k...Teruskan berusaha untuk berjaya ok. InsyhAllah Allah akan sentiasa bersama orang yang bersabar..Aamiin
sekian daripada cempaka....^^
No comments:
Post a Comment