Friday 12 October 2012

Ya itu ujian Ilahi.....

Assalamualaikum.........

Ya seperti hari-hari biasa. Setiap pagi. Setiap jam. Setiap detik. Cempaka akan lalui hari-hari seperti biasanya. Dan hari ini, satu lagi dugaan yang diterima. Ya. Allah sedang menduga cempaka. Menduga sama ada kuatkah hati serta iman ini. Hampir setiap pagi bila cempaka bangun dari tidur, cempaka bertanyakan pada nurani sendiri.

" Apa khabarkah kau hari ini?
  Kuatkah kau untuk hadapi dugaan hari ini?
  Kuatkah imanmu untuk diduga Ilahi?
  Mantapkah imanmu untuk menepis godaan dunia kini?
  Kukuhkah mentalmu untuk menghadap cubaan dunia?"

Kalau benar sudah kuat?

"Apa persiapan kau untuk hadapi kegagalan?
Apa pesediaan kau untuk menghapapi kedukaan atau kesedihan?
Apa jaminan yang kau tidak akan berputus asa?
Apa benar kau mampu menghadapi semua rintangan itu nanti?"

Sedang semua persoalan yang sukar dicapai jawapannya ligat bermain dalam fikiran, cempaka biarkan ia terus berdebat di situ. Biar ia berbahas tanpa jawapan. Biar ia terus di situ...Dan cempaka meneruskan hari-hari seperti biasanya lagi.....

Dan bila bintang sudah menghiasi malam...

Hati mula berbicara....

"Apa kau lakukan hari ini?
Apa kau lalai lagi?
Mampukah imanMu menepis godaan dunia?
Kuatkah ia dengan semua dugaan?"

Kalau kau mampu harungi semua itu?
"Apa yang kau telah lakukan?"
Apa yang kau lakukan itu benar atau salah?
Benar ia tidak salah atau berdosa?
Kalau kau melakukan kesilapan, apa kau kuat mebaiki kesilapan itu,
atau kau biarkan ia terus tertanam di hati hingga menghitamkan hatimu sendiri?"

Dan malam terus berlalu.Dan matilah jasad buat seketika namun nafas masih dihela...

Ya dengan nama Allah cempaka menjalani hari-hari atas takdirnya dan apa yang direncanakan untuk diri ini..
Setiap helaan nafas yang singgah di hidung dan terus masuk kedalam paru-paru, membuatkan cempaka semakin mencuba untuk memahami erti kehidupan ini dengan lebih mendalam...Mepersoalkan apa benar yang sehari-hari sebelum ini yang cempaka lalui berpaksikan pada syariatNya?
Meleraikan setiap simpulan yang berselirat dalam hati dan sanubari ini....
Cuba mencari jalan untuk keluar dari setiap corong yang semakin melemaskan dengan asap hitam yang melampau...yang akhirnya memjadikan hati resah dan setiasa gelisah....setiap urat saraf tegang memeritkan...

Ya setiap itu berlaku hanya nama Allah terdampar dibibir dan hati ini.. Tapi alanng malunya bila saat kesukaran seperti ini mendampingkan diri padaNya.
Sedangkan semalam, banyaknya titik-titik hitam yang sengaja atau tidak sengaja diukirkan dihati. Tanpa segan silu berpijak di bumi Allah. Kita lakukan maksiat, dosa-dosa kecil dan besar, kita menghina sesuka hati, kita merosakan semahu yang mampu..kita buat itu, kita buat ini...MasyhAllah....
"~~Ya Allah ampunkan dosa kami~~"

Dan. Allah. Dia tetap masih sahaja bersama kita...Walhal membuka selebarnya pintu keinsafan buat kita. Memdengar setiap keluh kesah kita di sejadah. Menerima kekurangan kita seadanya. Mencintai, Menyayangi kita lebih dari segalanya yang ada di dunia ini...Tak pernah pon sekali Dia tinggalkan kita. Tak pernah sekalipun dia biarkan kita sendirian. Tak pernah pun dia meminta balasan daripada kita. Kerana apa?
kerna Dia maha kaya. Dia memiliki segalanya. Dia maha penyayang lagi maha mengasihi.Dia pengampun. Dia pemaaf..Dia menerima dan memberi. Dia sayangkan kita semua.

Ya. Mungkin tatkala, diundang masalah kita akan bersedih kerana terlalu merintih akan sesuatu. Ya cempaka mengaku, cempaka juga begitu. Cempaka hanya insan biasa, punya rasa itu semua. bila bersedih x mampu di tahan. Tapi biarlah tangisan itu terus mengalir membasahi pipi hingga lega semua yang terbuku di hati hapus.
Tapi menangis bukan pada perkara yang sia-sia. Biar kene pada cara dan sebabnya. Dan. cempaka yakin Allah memberikan tangisan itu pada cempaka hari ini. kerna dia sudah sediakan senyuman dan kegembiraan buat cempaka di hari akan datang..InsyhAllah.....

Ya. Kekuatan kita semuanya tidak sama..mungkin apa yang cempaka lalui hari ini, tidak menberi apa-apa kesan dalam hidup kalian semua. Tapi  mungkin apa yang kalian lalui pula tidak menberi apa-apa pon kesan dalam hidu cempaka. Ujian dan dugaan yang Allah beri dan uji kepada kita semuanya berlainan kawan-kawan. Jadi apa salahnya kita saling menenangkan diantara satu sama lain tatkala kita dihimpit kedukaan. Cuba memahami bukan mengkritik kelemahnya. Membantu apa yang mampu. Bukan menghindar sejauh yang mungkin.
"~~Ya Allah kurniakan kami sahabat dan teman yang saling melengkapi dan setiasa setia bersama tatkala suka dan duka. Dan janganlah Engkau tinggalkan kami sendirian....~~"

Ya. Dan hari ini cempaka jatuh lagi. Tapi jatuh itu bukan bererti jatuh selamanya. Dan tangisan itu bukan tanda kain putih dinaikan. Tapi tangisan itu tanda menghapuskan segala kesedihan yang sekian lama terbuku di hati. Dan keperitan itu biar Allah yang tahu. Kerna Dia yang mencipta segalanya. Dan hanya dia punya ubatnya. Dan kita perlu berusaha untuk terus mengharungi segalanya dengan tenang....InsyhAllah....

                                                             sekian daripada cempaka.....^^

No comments:

Post a Comment