Monday, 8 October 2012

Mulianya akhlak Baginda.....


Assalamualaikum semua....^_^

Baru-baru nie cempaka ada baca satu buku motivasi tajuknya..."DOA & TIP KHAS UNTUK PELAJAR"
karya atau tulisan Norlela Ibrahim yang merupakan seorang guru Pendidikan Islam di SK Parit Bunga, Ledang, Johor..Buku karya beliau nie amat bagus untuk kita...Banyak ilmu yang cempaka dapat melalui buku ini....banyak tip-tip untuk meraik kejaya melalui konsep islam...Antaranya amalan-amalan,tip-tip kejayaan, surah-surah pilihan, solat-solat dan antara lain ialah peranan akhlak dalam meraih kejayaan....



Antara yang menarik dalam buku ini ialah kisah yang disampaikan penulis mengenai akhlas terpuji seorang insan yang terpuji bergelar Nabi Allah, Muhammad SAW..

Jom kita hayati bersama betapa mulianya Nabi Muhammad SAW  kita disamping menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan seharian...Selamat membaca.....^_^

      Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang lelaki tua yang berbangsa Yahudi. Dia seorang yang buta dan hidup dalam keadaan yang miskin. Apa yang lebih menyedihkan, walaupun miskin dan buta, dia mempunyai sikap yang amat buruk iaitu suka menceritakan keburukan dan memfitnah Nabi Muhammad SAW.
  Setiap hari, dia akan duduk dan menceritakan keburukan Nabi Muhammad SAW yang didengarinya, sedangkan apa yang didengarinya itu adalah fitnah semata-mata. Namun, dia bernasib baik kerana mempunyai sahabat yang setia. Setiap pagi sahabatnya itu akan datang membawa makanan dan menyuapkan makanan untuknya. Ini membuatkan dia menjadi kagum dan sayang kepada sahabatnya itu serta berasa bertuah kerana mempunyai sahabat yang setia sepertinya.
   Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, sahabat nabi, Abu Bakar as-Siddiq datang menemui anaknya, Siti Aisyah r.a yang juga isteri kepada nabi bertanya tentang amalan Rasulullah yang manakah belum dilakukannya. Aisyah r.a menjelaskan bahawa ayahnya telah melaksanakan semua amalan Rasulullah kecuali sau sahaja iaitu Rasulullah selalu mengunjungi dan memberi makan seorang lelaki tua berbangsa Yahudi setiap pagi selepas Solat Subuh.
    Sementara itu, lelaki tua yang buta itu berasa hairan kerana tidak didatangi sahabat baiknya itu namun tetap menanti kunjungan sahabatnya dengan penuh tanya-tanya dan rasa bimbang.
     Sedang dia menunggu, tiba-tiba datang seorang lelaki menghampirinya. Dia terkejut dan bertanya : " Siapa engkau? Adakah engkau sahabatku itu?" Lantas Abu Bakar menjawab : "Ya, makanlah.".
Lelaki tua itu berasa gembira kerana sahabatnya itu telah mengunjunginya.
     Pada mulanya dia tidak tahu itu adalah orang lain sehinggalah Abu Bakar menyuapkan makanan kepadanya. Apabila dia mengunyah makanan itu, dia terdiam dan mukanya tiba-tiba berubah menjadi masam. Dia memalingkan mukanya dan menolak suapan itu. Dia merasakan ada kelainan lalu berkata dengan nada yang agak keras. " Beritahu aku, siapa engkau? Engkau bukan sahabatku itu. Makanan engkau keras dan kesat. Makanan sahabatku itu halus dan lembut!" Lalu Abu Bakar pun menjawab : "Baiklah, memang aku bukan sahabatmu itu. Aku ialah Abu Bakar. Aku datang untuk meneruskan amalan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW selepas kewafatanNya."
     Lelaki tua yang buta itu kehairanan lalu bertanya : "Apakah yang mengunjungi aku selama ini ialah Muhammad yang selalu aku cerca dan hina?"
    " Memang benar. Bagindalah yang mengunjungimu setiap pagi. Bagindalah yang mengambil berat perihal dirimu." Jawab Abu Bakar.
     Dengan nada yang sedih rasa bersalah lelaki itu berkata: Aku tidak percaya bahawa selama ini aku menghina dan memfitnah itu depan orangnya sendiri. Namun, Dia tidak menunjukkan perasaan marah dan dendam padaku malah membalasnya dengan kebaikan. Sungguh mulia akhlaknya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah  melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
     
   --> Begitulah berkat kesabaran dan keikhlasan Nabi Muhammad SAW, akhirnya seorang Yahudi yang angkuh dan sombong memeluk islam walaupun setelah ketiadaan Baginda di dunia ini. Begitu juga hebatnya pengaruh akhlak dalam meraih kejayaan.
________________________________________________

 Firman Allah Taala dalam Surah al-Qalam : 4 yang bermaksud :

            "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) 
                          mempunyai akhlak yang sangat agung."

Dan sabda Nabi Muhammad SAW :

            " Sesungguhnya aku diutuskan untuk memuliakan akhlak."
                                                                       (Riwayat al-Baihaqi)

_________________________________________________
                                                      
                                                      sekian daripada cempaka....^_^




No comments:

Post a Comment